10 Foto Terkini Pelakon Syanie, Dah Semakin Kurus!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Masih ingat Syanie, pelakon wanita berbadan gempal yang pernah menyinari industri seni suatu ketika dahulu.

Antara filem-filem popularnya termasuk Senario The Movie, Senario LagiBiar BetulGila-Gila Pengantin dan banyak lagi.

Sedang kehilangannya daripada radar dunia hiburan selama beberapa tahun menjadi tanda tanya, rupanya mempunyai kisah menarik yang dikongsi apabila beliau muncul dalam program Malaysia Hari Ini di stesen televisyen TV3, awal tahun ini.

Dedahnya dalam temubual itu, hampir 7 tahun dia melakukan pembedahan pintasan perut (gastric bypass) untuk memendekkan usus, dan hasilnya dia sudah semakin selesa serta yakin dengan penampilannya.

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 2
Kredit foto: wartawansambilan.com
Bentuk badan terbaru Syanie semasa hadir di rancangan itu mendapat perhatian ramai yang membandingkan dengan imejnya dahulu, yang mana berat badan mencecah 204 kg sebelum melakukan pembedahan pintasan perut.

Rata-rata netizen akui agak terkejut kerana penampilannya yang semakin susut!

Dalam masa sama, Syanie menegaskan, dia memilih untuk melalui pembedahan itu bukanlah kerana ingin kelihatan cantik, sebaliknya atas faktor kesihatan. Mana tidaknya, berat badan dahulu sudah di tahap kronik hingga menyukarkannya bergerak.

Di laman Instagram, Syanie juga dilihat agak aktif memuat naik foto-foto kehidupan barunya yang semakin bahagia. Kepada anda yang merindukan aktres comel ini, boleh ikuti beliau di laman Instagram @syanie_hisham. Berikut kami kongsikan foto-foto terbaru Syanie yang diperoleh daripada akaun laman sosial tersebut.

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 3

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 4

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 5

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 6

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 7

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 8

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 9

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 11

ramai terkejut lihat penampilan terkini pelakon syanie makin kurus 12
Kredit foto: Instagram Syanie Hisham


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments