9 Kisah Ex Malaysian Yang Telah Melepaskan Kerakyatan Untuk Tinggal Di Luar Negara. Kisah No 8 Sangat Menyentuh Perasaan, Gaji Sebagai Cleaner 15k!

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Rata-rata rakyat Malaysia yang mempunyai pendidikan tinggi atau tenaga mahir, memilih untuk tinggal di luar negara berbanding negara sendiri. Sebelum berhijrah keluar negara sudah pasti berangan-angan tinggi akan keselesaan hidup di sana berbanding di negara sendiri. Dengan keadaan negara luar yang lebih maju berbanding tanah air sendiri ini telah membuka mata ramai rakyat Malaysia memilih untuk tinggal di luar negara.

Setelah berpuluh tahun tinggal di luar negara, baru lah mereka ini sedar akan keindahan hidup di negara sendiri. Dulu tidak berfikir panjang, bila sudah melepaskan kerakyatan baru lah mereka menyesal. Namun semua sudah tidak berguna lagi.

Menerusi perkongsian Helmy Basri, mengenai beberapa pengalaman bekas rakyat Malaysia yang ingin pulang ke tanah air akan tetapi tidak mampu. Mereka ini hanya mampu mencurahkan rasa di dada ketika bertemu rakyat Malaysia yang pergi melancong ke luar negara.

From a marhein Hj Zainudin Omar, …Ini pengalaman saya berjumpa beberapa ex Malaysian yang dah migrate dan tinggal di luar negara:

1. Seorang pak cik yang saya terserempak di Te Anau, berdekatan Milford Sound, New Zealand.

Dia mengadu cuaca terlalu sejuk di NZ dan teringin balik ke Malaysia kerana dah berumur. Masalahnya dia sudah give up Malaysian citizenship dan dah 20 tahun bermastautin di New Zealand. Dia juga mengadu kos perubatan yang mahal di NZ dan susah berjumpa doctor.

2. Seorang auntie umur 50’an yang saya jumpa di Zurich, Switzerland.

Auntie ini dah 15 tahun tinggal di Switzerland dan mengadu kehidupan susah kerana standard of living yang tinggi. Dia masih bekerja walaupun terlalu penat dan teringin balik ke Malaysia. Kos pelajaran anak juga sangat membebankan auntie ini di Switzerland.

3. Seorang uncle yang saya jumpa di dalam bas di Venice Beach Los Angeles USA.

Dalam bas, beliau meneriak saya kerana excited dalam bahasa melayu kerana mengenali tudung stail malaysia isteri saya.
Uncle ini dah 20 tahun migrate ke USA dan mengadu sangat kesunyian kerana tiada kawan dan saudara berdekatan. Dia pun teringin balik ke Malaysia tapi telah melepaskan taraf kerakyatan.

4. Seorang auntie yang saya jumpa di London.

Kakak ini sudah berkahwin dengan saorang berbangsa Inggeris, dan mempunyai famili di North East London. Beliau sudah 20 tahun menetap di UK dan teringin sangat balik dan mati di Malaysia. Walaupun mempunyai rumah yang besar dan berfamili di London, beliau merasa kekosongan jiwa berada disana.

5. Seorang pak cik di Liverpool, UK.

Pak cik melayu ini dah 40 tahun menetap di UK dan asalnya saorang kelasi MISC. Beliau terlalu rindu untuk balik ke Malaysia tetapi berasa tersangat malu kerana sudah lama tidak menjenguk kampung halaman di Melaka. Kehidupan beliau agak susah di UK dan beliau sendiri tak tahu apa agama anak nya.

6. Seorang pak cik yang saya kunjung kerumah beliau di Melbourne, Australia.

Beliau sudah 10 tahun migrate ke Australia tetapi komplain kehidupan di Melbourne tersangat sunyi jauh dari saudara mara, kos kehidupan yang tinggi dan rascism. Walaupun mempunyai kehidupan yang selesa, beliau nak pulang ke Malaysia satu hari nanti.

7. Sepasang suami isteri dan keluarga di Mekah, Saudi Arabia.

Walaupun anak mereka lahir di Saudi Arabia, citizenship SA tidak diberi secara otomatik dan anak mereka tidak dapat masuk ke Universiti sana walaupun layak. Yang pelik nya, anak anak mereka yang tidak fasih berbahasa melayu dihantar belajar di UIAM kerana ibu bapa yang masih rakyat Malaysia. Kehidupan di SA bukan senang kerana tradisi yang berbeza. Mereka teringin pulang ke Malaysia walaupun sudah 30 tahun bermastautin disana.

8. Seorang cleaner perempuan berasal dari Kelantan yang bekerja di Copenhagen Denmark.

Dia menegur semasa saya sedang mengopi di Cafe berdekatan Tivoli Gardens. Dia teringin sangat balik ke Malaysia kerana sudah 15 tahun di Denmark. Walaupun gaji beliau Rm15k, dia tak larat dengan tax dan kos kehidupan yang tinggi di sana. Kelahiran Kuala Krai ini juga mengaku tidak menjadi saorang muslimah yang baik semasa di Denmark.

9. Seorang guru perempuan yang tinggal di San Bernardino, Los Angeles USA.

Guru ini berumor 50’an tetapi pendapatan sebagai guru inggeris tidak mencukupi membiayai kesemua keperluan harian beliau termasuk bayaran rumah. Beliau berkata kepada saya ‘I am living from month to month’ dan teringin pulang ke Malaysia tetapi telah menyerah kerakyatan Malaysia 20 tahun yang lepas.

Ramai lagi Malaysian yang saya terserempak semasa berkembara diluar negara dan kebanyakan mereka ingin pulang ke Malaysia di umur senja. Betul lah saperti peribahasa melayu:

Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik negeri sendiri. Sesuatu itu memang baik di kampung halaman sendiri walaupun betapa mewahnya tempat lain.

Saya suka quote phrasa ini kepada rakan rakan yang banyak komplain pasal Malaysia:
“My country, right or wrong; if right, to be kept right; and if wrong, to be set right.”

Kepada mereka yang nak migrate dan mencari kehidupan baru diluar negara, make sure don’t give up your citizenship ‘coz one day you might regret it your wholmarhein.

Sumber – Helmy Basri via  siakapkeli

LEBIH ARTIKEL TRENDING…

Ini Cara Mudah Mengajar Jiran Degil Selalu Parkir Kereta Depan Pagar Rumah Kita. Betul-Betul Berkesan!
 October 17, 2017 /  0

Hidup berjiran ini sebenarnya banyak kebaikannya, selain boleh duduk berbual sama-sama, jiran jugalah tempat kita meminta pertolongan jika ada sebarang kesulitan, betul tak? Tapi lain pula yang jadi jika berjiran dengan orang yang tak pandai menghormati jiran yang lain. Contohnya parking kereta sesuka hati hingga menghalang laluan jiran yang lain. Anda pernah berhadapan dengan situasi ini? Apakah tindakan yang anda ambil?

Seorang lelaki yang dikenali sebagai Baba Peeper Lim telah berkongsi pengalamannya berhadapan dengan jiran yang sesuka hati meletakkan kenderaan di hadapan pintu pagar rumahnya. Dia juga berkongsi tindakan yang diambil bagi menangani situasi tersebut. Jom ikuti perkongsiannya di bawah.

Kereta Jiran Block Gate Anda? Nah, Buat Macam Aku!

Jiran aku ni si bangang. Setiap malam, dia akan letak kereta dia depan-depan pintu gate saya. I tak tahu dia kerja kat mana tapi dia selalu balik pukul 3 pagi. Pada masa itu, dah tak ada tempat kosong untuk letak kereta dia lagi. So, dia just parking kereta dia depan rumah aku. Esok, dia akan belah pada pukul 2 petang!

Dia duduk rumah bachelor disebelah rumah aku. I banyak kali ketuk pintu gate dia orang tapi dia orang tak pernah sambut. Sekali dua, aku bertemu dengan bachelor lain yang tinggal dalam rumah itu tapi mereka berkata dia orang semua tak kenal satu sama lain so tak boleh tolong aku panggil si bangang itu.

Aku banyak-banyak kali bubuh notis kat kaca depan kereta dia tapi di tak hirau. Then, I bubuh notis minta handphone nombor dia supaya I boleh call dia tapi dia buang notis itu atas tanah. Sekali dua, aku berjumpa dengan dia dan bagi tau dia straight ke muka dia supaya jangan parking depan rumah aku lagi. Beberapa hari kemudian, dia akan ulang parking kereta depan gate saya lagi!

So I telefon MBPJ. I terangkan masalah aku dan operator tu jokingly tanya, “Kenapa tak pecah dia punya gelas?”

Kalau boleh, memang aku nak pecahkan kaca kereta dia. Si bangang itu dah block pintu pagar aku untuk 10 bulan! Aku memang dah cukup sabar dengan dia!

Operator MBPJ suruh aku sabar. Dia akan hantar pegawai untuk saman kereta dia.

 

Sebenarnya, orang tidak boleh letak kereta dimana-mana tempat kosong kecuali dipetak yang disediakan oleh MBPJ. Saman ialah RM30.00 tapi kalau tak bayar, ia akan naik RM100.00.

Engkau percaya tak? Si bangang masih letak kereta dia blocking gate aku! Nah, tengok berapa banyak saman dia kena.

So I complain lagi sekali kat MBPJ dan kali ini mereka suruh saya buat report polis. Lepas dah buat report, polis datang rumah aku dan nampak kereta si bangang parking depan-depan rumah aku. Masa itu aku tak ada dirumah. Jiran saya yang lagi sebelah keluar dan bincang dengan polis. Si bangang pernah letak kereta depan gate jiran sebelah saya tapi dia takut nak mengadu kepada pihak berkuasa.

Polis pasang lampu siren biru dan ketuk gate si bangang. Dia tak keluar. So polis bagi tahu jiran saya bahawa mereka akan kembali pada masa lain. Then, mereka pun pergi.

Sebaik sahaja polis pergi, si bangang cepat-cepat keluar dan alih kereta dia!

Lepas itu, dia tak pernah letak kereta dia didepan gate rumah aku lagi.

Saya memang cuba berbaik-baik dengan jiran-jiran saya tapi si bangang ini memang tak tahu cara nak hidup muhibah dalam sebuah komuniti. Jadi, sekarang dia kena bayar saman RM1000.00.

Sumber : Iampepperlim via  siakapkeli


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments