‘Dik, Kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen’ – Kisah rezeki 20 sen ini buat netizen sebak

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Ada rezeki yang sudah ditetapkan ALLAH tanpa perlu dicari. Sebahagian orang, sekalipun dengan usaha yang sedikit, dia memperoleh rezeki yang banyak. Kadang-kadang, dia memperolehinya tanpa usaha pun.

Kisah yang dikongsikan oleh lelaki ini, menarik perhatian netizen sehingga ada yang mengalirkan air mata. Meskipun nilai sedekahnya kecil, tetapi ia amat bermakna buat mereka yang berada di dalam kesempitan/kesusahan. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk semua.

SEMALAM, aku di stesen minyak, tengah beratur nak bayar. Di depan aku ada tiga orang. Di depan sekali ada seorang makcik berbaju kurung, pakai pouch bag yang agak lusuh, sedang mengeluarkan duit. Dia letak sekeping duit RM5, syilling segadang di atas kaunter. Kemudian dengan muka serba salah dia berkata kepada pekerja itu,

“Dik, Kancil pam 4 tu, isi minyak kuning 9 ringgit 80 sen.”

Pekerja itu hanya memandang slow pada makcik itu.

“Erm, lagi 20 sen tak ada ke cik?” soalnya yang juga kelihatan janggal dan serba salah nak bertanyakan soalan itu.

“Tak ada dik. Makcik ada tu je,” balas makcik sambil menggelengkan kepala.

Tiba-tiba, out of the blue, mat motor di belakang makcik itu letak RM10 yang ada di tangan dia ke kaunter.

“Nah, ni RM10. Campur 9 ringgit 80 sen makcik itu dah jadi RM19.80,” katanya kepada pekerja berkenaan.

Makcik itu terkejut sangat dan mukanya terharu habis. Mat motor itu cuma senyum.

“Tak apa cik, rezeki lebih. 20 sen saya tak ada. RM10 saya ada lebih,” katanya membuatkan makcik itu mengalir air mata.

Jadi aku ingatkan dah settle tetapi tiba-tiba seorang lelaki di belakang mereka menyeluk tangan dalam poket seluar jeans dan keluarkan 20 sen, letak atas kaunter.

“Ini 20 sen, cukupkan yang mana tak cukup itu,” katanya.

Kemudian mengambil beberapa keping lagi duit dari dompet dan letakkan di atas kaunter.

“Tambah RM30 ni, cukupkan RM50. Minyak Kancil RM50, boleh tahan lama sikit cik,” katanya.

Makcik itu sudah tidak mampu menahan, matanya sudah berair. Mulutnya tidak berhenti-henti mengucapkan terima kasih.

“Terima kasih anak, terima kasih anak. Syukur Ya Allah,” sambil berjalan ke pam 4.

It was amazing, beyond miracle. Dalam kereta, air mata jantan aku berguguran jatuh. Memang hebat aturan ilahi tentang rezeki.

Aku jadi malu sebab beberapa malam sebelum aku menghadap isteri aku sambil mengadu.

“Dalam empat bulan, habis ranap RM30,000. Susahnya. Rezeki kurang menjadilah nampaknya.”

Tetapi dengan hanya 20 sen, Allah ceritakan kepada aku tentang rezeki. Malunya rasa hati tetapi Alhamdulillah, aku dapat menyaksikan sebuah cerita yang hebat.

Syukur, terima kasih Allah.

Sumber: Wan Mohd Hafiz


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments