Hamas Ucap Terima Kasih Kepada Kim Jong-un. Puncanya Pasti Buat Ramai Umat Islam Terkejut

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Baru-baru ni dunia Islam jadi pelik bila tiba-tiba pihak Hamas dari Gaza Palestin tiba-tiba mengucapkan terima kasih kepada Palestin. Lepas wartawan siasat. Ini jawapannya. Tak sangka.

AMARAN PYONGYANG TERHADAP ISRAEL

Hamas memuji Korea Utara pada Ahad lalu selepas rejim Pyongyang mengeluarkan ancaman keras terhadap Israel.

Sebelum ini, Kementerian Luar Korea Utara berikrar negara itu akan “menghukum tanpa belas kasihan” mereka yang menyinggung maruah kepimpinan negara”.

Ia adalah merujuk kepada satu kenyataan yang dibuat oleh Menteri Pertahanan Israel, Avigdor Lieberman, di mana dia menggelar pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un, sebagai “melampau dan gila.”

“Kami memberi amaran kepada Israel untuk berfikir dua kali mengenai implikasi kempen fitnah terhadap kami,” kata Kementerian Luar Korea Utara.

Korea Utara mengugut Israel dengan ‘hukuman tanpa belas kasihan, beribu kali ganda’ dan melabelkan Israel sebagai satu-satunya ‘pemilik haram’ senjata nuklear di Timur Tengah dan turut menyatakan sokongan perjuangan rakyat Palestin untuk mewujudkan sebuah negara merdeka dengan Quds (Jerusalem) sebagai ibu negaranya.

“Kenyataan melulu menteri pertahanan Israel adalah kelakuan yang kotor dan jahat dan satu cabaran serius kepada DPRK (Demokratik Rakyat Republik Korea, atau Korea Utara),” kata kenyataan Kementerian Luar Pyongyang.

“Ini adalah satu helah sinis untuk melarikan diri dari kecaman dunia dan kutukan sebagai pengacau keamanan di Timur Tengah, penghuni wilayah Arab dan juga pelaku jenayah terhadap kemanusiaan.”

PENGHARGAAN TERHADAP KEBERANIAN KOREA UTARA

Ekoran kenyataan itu, pemimpin Hamas, Sami Abu Zuhri, melahirkan penghargaan kenyataan Korea Utara yang menyatakan sokongan terhadap perjuangan Palestin dan menolak sikap penjajah.

Kim Jong-un mengecam Israel dengan mendakwa ‘Israel adalah satu kutukan di Timur Tengah’ dan menolak sikap besar kepada Israel yang suka menjaja

Korea Utara berhasrat mencapai ‘keseimbangan’ kekuatan tentera dengan Amerika Syarikat (AS), kata agensi negara itu.

Kenyataan dikeluarkan sehari selepas pemimpinnya, Kim Jong-Un, mengarahkan ujian peluru berpandu jarak sederhana dan jauh, Hwasong-12, yang terbang melepasi Jepun sebelum jatuh ke dalam Lautan Pasifik.

“Matlamat utama kami adalah memastikan keseimbangan tentera dengan AS dan menjadikan negara itu takut bercakap mengenai pilihan ketenteraan terhadap Korea Utara,” Kim dipetik sebagai berkata dalam laporan itu.

Pyongyang menembak peluru berpandu kedua ke arah Jepun dalam masa tidak sampai sebulan semalam, memaksa AS menyatakan ia mempunyai pilihan tindakan ketenteraan ke atas Korea Utara.

Kenyataan AS itu jelas menunjukkan tahap kesabaran untuk melaksanakan misi diplomatik dengan Korea Utara, semakin menipis.

Israel bunuh dua pejuang Hamas

GAZA: Serangan udara tentera Israel di Semenanjung Gaza mengorbankan dua pejuang Hamas hari ini, ketika ketegangan memuncak di seluruh wilayah Palestin berhubung perisytiharan Baitulmaqdis sebagai ibu kota Israel oleh Presiden Donald Trump.

Keseluruhannya, empat terkorban setakat ini dan puluhan lagi cedera sejak Trump pengumuman keputusan kontroversinya yang mengundang kritikan daripada semua anggota Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada mesyuarat tergempar semalam.

Pertempuran baru berlaku hari ini apabila penduduk Palestin di Tebing Barat membaling batu ke arah tentera Israel yang membalas dengan bedilan gas pemedih mata, peluru getah dan peluru hidup.

Di Gaza, penduduk menunjukkan kemarahan mereka pada majlis pengebumian salah seorang yang dibunuh tentera Israel dalam pertempuran di sempadan semalam.

Wujud kebimbangan keganasan akan memuncak selepas pemimpin Hamas, Ismail Haniyeh, menggesa Intifada dan penganalisis memantau apa akan berlaku seterusnya.

Puluhan penunjuk perasaan cedera terkenal bedilan peluru getah atau peluru hidup dalam pertempuran di Tebing Barat, Semenanjung Gaza dan Baitulmaqdis yang menyusul solat Jumaat semalam.

Puluhan ribu lagi juga mengadakan bantahan di negara Islam dan Arab termasuk Jordan, Turki, Pakistan dan Malaysia.

Perang saraf antara Korea Utara dan Amerika ini masih belum menunjukkan tanda keredaan. Terkini perisik Amerika di Korea Utara mendedahkan Korea Utara mempunyai senjata yang lebih bahaya dari nuklear. Ikuti maklumat lanjut di bawah.

SENJATA LEBIH BAHAYA DARI NUKLEAR

Di tengah-tengah kemajuan yang menakjubkan dalam program peluru berpandu nuklear yang dibangunkan Korea Utara, pakar mengatakan bahawa ada senjata lain di gudang senjata Pyongyang yang dunia harus awasi.

Tentera Kim Jong Un telah mengumpulkan sejumlah besar agen saraf, seperti sarin dan VX, yang boleh menyasarkan pangkalan tentera A.S. di rantau itu dan bandar besar seperti Seoul dan Tokyo, menurut satu laporan baru.

“Senjata nuklear bukanlah satu-satunya ancaman,” kata Kelsey Davenport, pengarah dasar pengawalan di Persatuan Kawalan Senjata kepada McClatchy Washington Bureau. “Korea Utara dapat bertindak balas terhadap serangan A.S. menggunakan senjata kimia. Itu akan memudaratkan. ” – AFT dan Reuters


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments