ISU BAITULMAQDIS. INI RESPON BERANI KOREA UTARA YANG DITUNGGU RAMAI.

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Banyak negara-negara di dunia telah pun membantah Baitulmaqdis dijadikan ibu negara Israel. Di saat ramai tertanya apa pendirian musuh terkini Amerika, Korea Utara, akhirnya tokoh Korea Utara mula bersuara….

ORANG TUA NYANYUK

Korea Utara memberi gelaran ‘orang tua nyanyuk’ kepada Presiden, Donald Trump berhubung tindakannya mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

Menurut media tempatan, gelaran itu menambah koleksi kata ejekan terhadap Presiden Amerika Syarikat itu.

Trump dan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un saling berbalas serangan lisan dan peribadi, sejak beberapa bulan kebelakangan ini dan ketegangan semakin memuncak selepas ancaman peluru berpandu dan nuklear oleh Pyongyang.

KOREA UTARA TIDAK BERSETUJU

Negara komunis itu turut menyertai kecaman antarabangsa yang tidak bersetuju keputusan Trump berhubung Baitulmaqdis, malah menyelar presiden AS itu sebagai ‘licik dan jahat’.

“Orang tua nyanyuk itu secara terang-terangan melakukan kemusnahan kepada sebuah negara berdaulat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

“Bagi mereka yang mengenalinya, ia tidaklah mengejutkan sangat.

“Tindakannya itu jelas menunjukkan siapa sebenarnya yang cuba menghancurkan dunia, membunuh keamanan dan keamanan selain layak dipanggil penyangak antarabangsa,” kata jurucakap Kementerian Luar yang dipetik agensi berita KCNA.

Pengiktirafan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel yang diumumkan Trump pada Rabu lalu disusuli rancangan memindahkan Kedutaan Amerika Syarikat dari Tel Aviv bukan sahaja mengundang kemarahan dunia Islam tetapi turut menerima bantahan dan kritikan sekutu Washington. – AFP

Kerajaan Zionis TERGAMAM. Tindakan BERANI 10,000 Rakyat Israel Ni Buat Dunia KAGUM

Tak sangka ketika hampir satu dunia tak setuju dengan pemindahan ibu kota Israel ke Baitulmaqdis, lebih 10,000 rakyat Israel bangkit ke jalan buat protes terhadap kerajaan Zionis. Puncanya buat dunia jadi kagum..
BANTAH KERAJAAN YANG AMAL RASUAH
Ketika Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel, ribuan rakyatnya di sini membantah kerajaan yang dikatakan mengamal rasuah.

Polis menganggarkan kira-kira 10,000 orang penunjuk perasaan menyertai bantahan masuk minggu kedua berbanding 20,000 pada Sabtu lalu susulan siasatan kes terhadap Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang dituduh menyalahguna kuasa.

PM ISRAEL ADA 2 TUDUHAN RASUAH

Bantahan tercetus oleh tuduhan rasuah terhadap Netanyahu yang menafikannya.

Pemimpin empat penggal itu disyaki terbabit dalam dua tuduhan.

Netanyahu dikatakan menerima hadiah daripada seorang ahli perniagaan kaya dan mengadakan perjanjian dengan pemilik syarikat akhbar untuk memberikan liputan lebih baik sebagai balasan untuk mengatasi pesaing setiap hari.

Seandainya didapati bersalah, dia akan mengalami tekanan untuk meletakkan jawatan atau mengadakan semula pilihan raya untuk menguji sama ada dia masih mendapat mandat untuk mentadbir.

Kumpulan penunjuk perasaan yang membantah selama berminggu mengatakan mereka menyokong kedua-dua parti berhaluan kanan dan kiri tetapi mahu rasuah dihapuskan.

“Sama ada kanan atau kiri kami menuntut integriti. Kami muak dengan rasuah (ahli politik) dan hapuskan rasuah,” tulisan pada sepanduk penunjuk perasaan. – Reuters


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments