Makan Buffet Di Hotel Dengan VVIP..Dengan muka dan gaya selamba, Chef Wan sumbat kepala Lobster Masuk Dalam Beg Untuk Bawak Balik Rumah.

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Datuk Chef Wan memang terkenal sebagai seorang chef selebriti yang tersangatlah handal dalam dunia masakan. Apa bahan yang ada depan mata ,dia boleh tukar bahan itu menjadi menu makanan yang lazat dan di sukai ramai.

Kalau bertandingan dengan mat salleh pun Datuk Chef Wan boleh menang tau. Pada masa yang sama, Datuk Chef Wan juga di kenali sebagai lelaki yang lawak dan kelakar serta sempoi dalam semua hal.

Ini termasuklah ketika hadir ke sebuah majlis mewah yang di penuhi dengan tetamu VVIP, Datuk Vhef Wan di katakan melakukan hal yang buat netizen gelak pecah perut.

Mana taknya, majlis itu menghidangkan menu super mewah iaitu lobster bersaiz besar. Dia punya kepala pun lagi besar dari penumbuk.

Oleh kerana tiada orang yang mahu makan kepala lobster itu dan ianya akan di buang ke dalam tong sampah, makanya Datuk Chef Wan membuat keputusan untuk membawanya pulang supaya dapat masak mee udang special.

Kata Datuk Chef Wan lagi, dia ada bagitahu kawan-kawan belakang mejanya,kalau orang Sabah mesti dah bawa balik rumah untung gantung pada dinding tapi dia mahu bawa balik supaya dapat masak mee udang. Ketawa mereka melihat gelagat Chef Wan itu.

Apa yang Datuk Chef Wan buat ialah dia membalut kepala lobster itu di dalam sapu tangan dan memasukkannya ke dalam begnya. Rakan semeja yang merakam aksi Chef Wan itu tidak dapat menahan ketawa sambil merakam video.Haha.

Netizen juga turut gelak dan terhibur melihat sikap Chef Wan itu yang menurut mereka memang kebanyakan orang pun akan suka bawa balik rumah mana-mana lauk yang orang tidak mahu makan setelah kenyang. Dari membazir baik bawa balik kan? Hehe.

Sumber: kisahdunia.com


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments