MUKA MAT SALEH TAPI CAKAP NOGORI, KELAS KAU JADE! ANAK NORAZIMAH MENETAP DI PERANCIS CURI PERHATIAN NETIZEN DI MALAYSIA

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Ini antara komen-komen yang VK baca bila mengikuti instagram sebuah keluarga Melayu yang menetap di Perancis iaitu light.km.

Video kanak-kanak perempuan bernama Jade, anak kepada seorang wanita berasal dari Malaysia ini menarik perhatian netizen bila dia bukan saja boleh berbahasa Melayu tapi bercakap ikut loghat Negeri sembilan.

Salah satu videonya yang tular memaparkan aksi lucunya memotong timun sambil memuji kerajinan diri sendiri ketika membantu ibunya, Norazmimah Mohd Karim.

Banyak memuat naik aksi-aksi bersama tiga anak-anaknya dalam akaun instagram namun sering menjadi perhatian dan mendapat puluhan ribu tontonan adalah keletah Jade yang berusia 6 tahun.

“Sebenarnya ayah saya yang berasal dari Lenggeng, Negeri Sembilan. Di sini ada masa saya memang akan bercakap nogori dengan anak-anak.

“Jade ni cepat tangkap dan suka mengajuk apa yang saya cakap walaupun dia sebenarnya bukanlah fasih mana pun loghat nogori.

“Kadang-kadang saya panggil dia, tetiba dia jawab ‘apokobondo eh.’ Pernah juga di sekolah dia bercakap dengan kawan terkeluar ayat “ekau nak apo”. Tercengang kawan-kawan dia,”cerita Norazmimah atau dipanggil Kak Nor yang sudah 16 tahun menetap di Perancis ketika dihubungi VK.

Ujar ibu kepada tiga orang cahaya mata yang berhijrah ke Perancis setelah mendirikan rumah tangga dengan suaminya yang berasal dari sana, walaupun tinggal jauh dari Malaysia tapi kesemua anaknya fasih berbahasa Melayu.

Malah anaknya iaitu Adam Daniel Moulin, 15,Ida Aili Moulin, 11 dan Jade Nur Moulin,6, juga fasih berbahasa Perancis dan Inggeris.

Tahu akan videonya tular di Malaysia, Jade kata Norazimah bagaimanapun tidak kisah tentang perkara tersebut memandangkan dia masih kanak-kanak.

Bagi wanita yang mengusahakan perniagaan penghantaran nasi ayam di Paris ini pula video tersebut hanya sebagai perkongsian tentang anak-anak semata-mata.

“Tapi kalau ianya dapat membuka pintu rezeki dan jalan bagi kami untuk pindah ke Malaysia, bersyukur sangat-sangat,”ujarnya yang kini hamil anak keempat.

Bagi yang nak tengok lebih banyak cerita mereka sekeluarga boleh lah follow instagram light.km . Selain Jade, VK juga suka tengok keletah anak lelakinya yang pemalu dan aksi anak perempuannya Ida yang comel. Sebahagiannya VK belanja kat sini.
Kak Nor ‘kenakan’ anak bujang dia yang pemalu

Lama Kak Ida tak buat video

#vanillakismis


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments