Sayu : Vokalis popular muntah darah pekat sebelum ajal .. hembus nafas disisi anak (8Gambar)

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Dungun : Dia memiliki suara yang merdu sepanjang hayat hidup nya masih aktif dan terlibat dengan bidang nyanyian dan muzik bersama kumpulan nya Panji dan rakan-rakan artis seangkatan mereka.

Vokalis kumpulan Panji yang menghidap penyakit misteri meninggal dunia di rumahnya di Jalan Lembah, Kampung Sungai Buaya di Dungun, 7.45 malam hari ini.

Mohd Nor Husin, 55, atau lebih dikenali sebagai Norman yang popular dengan lagu Sayap Terluka dan Semilir meninggal dunia di sisi adiknya, Mohd Shafie, 54, dan anak sulungnya, Haris Haikal, 16.

Mohd Shafie berkata, dia bersama anak arwah berada di sisi selepas diminta mengurut dadanya yang sakit.

“Saya dan anaknya mengurutkan dadanya dan tiba-tiba dia muntah darah pekat sebelum tidak sedarkan diri.

“Saya beberapa kali mengajar arwah mengucap dua kalimah syahadah, saya lihat mulutnya bergerak beberapa kali dan saya menepuk-nepuk badannya tetapi tidak bergerak,”katanya.

Menurutnya, dia kemudiannya menghubungi Hospital Dungun dan sebaik pegawai perubatan tiba disahkan Norman sudah meninggal.

“Arwah yang sudah berpisah meninggalkan empat anak berusia antara 11 hingga 16 tahun.

“Jenazahnya akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Syed Yahaya kira-kira 10 pagi esok,” katanya.

Sebelum ini  Norman terlantar sakit di rumahnya di Jalan Lembah Kubur, Kampung Tanah Lot, Dungun, akibat diserang penyakit misteri.

Norman atau nama sebenarnya, Mohd Nor Husin, 55, yang popular dengan lagu Sayap Terluka menjadi tidak bermaya tiba-tiba sejak empat bulan lalu.

Keadaan itu menyebabkan berat badannya susut dan kini dijaga ahli keluarga terdekat.

Bagaimamapun, penderitaan Norman sedikit terubat apabila menerima kunjungan rakan artis, Rahmat Mega dan Aju Success, semalam.

Rahmat berkata, dia bersama datang Aju datang intuk menghadiri majlis perkahwinan rakan perniagaannya.

“Rakan saya beritahu mengenai Norman dan kebetulan saya berada di Dungun, sempatlah saya dan Aju melawatnya, lebih-lebih lagi dia adalah rakan karib saya dalam bidang seni.

“Saya difahamkan, Harun banyak bantu Norman termasuk membawanya menjalani pemeriksaan kesihatan di Hospital Dungun dan Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) Kuala Terengganu bagi mengesan punca penyakit yang dialaminya tetapi belum diketahui lagi sakit apa,” katanya.

Rahmat berkata, dia difahamkan keluarga Norman sudah berusaha merawat penyakit itu.

“Saya bercadang mengajak beberapa rakan artis mengadakan konsert amal bagi mengumpul dana perubatan untuk Norman dan individu yang mengalami nasib yang sama dengannya.

“Beberapa rakan artis antaranya Afee dari kumpulan Utopia dan Dwan Olan bersetuju untuk turut membantu,” katanya. Al fatihah.

sumber:https://wikimalaya.com/?p=3858

Kredit : excidenttoday


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments