[VIDEO] Briyani Viral Sebungkus ini Boleh Habis Makan Satu Keluarga

Like Page Kami Di Facebook!

Jom Share...

Seorang pemuda berkongsi tip apabila seorang daripada rakannya meminta nasihat bagaimana ingin menarik pelanggan ke gerai dengan cara yang betul. Pemuda itu kemudianya membalas dengan berkata ‘Jangan berputus asa’.

Pemuda tersebut, Sahdam Hussin menyatakan bahawa Allah itu Maha Pemurah buat hamba-hambanya yang berusaha dan tidak pernah kenal erti putus asa.

Ayahnya yang merupakan seorang peniaga makanan sudah berniaga selama 10 tahun dan tidak pernah putus asa untuk sampai ke tahap itu.

Pemuda tersebut menjelaskan bahawa gerai ayahnya memang ramai pelanggan, belum sampai lagi pelanggan sudah mula beratur dan sanggup untuk beratur walaupun panjang.

Menurut Sahdam lagi, ayahnya sering berpesan supaya jangan berputus asa kalau berminat untuk berniaga.

Tahun pertama mereka berniaga, ayahnya ‘menjerit’ untuk menarik pelanggan sampai hilang suara. Akhirnya setelah bertahun-tahun, pelanggan mulai mengenali keluarga mereka dan mula beratur sendiri tanpa perlu ‘menjerit’ lagi.

Selain daripada itu, ayahnya juga berpesan supaya jangan kedekut dalam berniaga. Berilah lebih kepada pelanggan dengan niat bersedekah.

Apabila ayahnya hendak membeli peralatan berniaga seperti bekas makanan, beliau akan memilih bekas yang paling besar buat pelanggannnya.

Kerana itulah sebungkus nasi briyani ayahnya sudah cukup untuk berkongsi satu keluarga makan! Ini yang menjadikan gerai mereka terkenal dalam kalangan pelanggan.

Di akhir perkongsian, Sahdam menasihat individu yang ingin menjadi peniaga supaya memiliki semangat berniaga yang tinggi, jangan pernah berkira lebih-lebih lagi soal makanan.

Apabila diberikan rezeki yang melimpah ruah, elakkan menjadi riak. Peniaga juga tidak boleh membuat pelanggan mereka sedih dengan menjual makanan yang basi, terlalu sedikit atau sebagainya.

Walau bagaimanapun point penting yang beliau tekankan untuk menjadi peniaga yang berjaya adalah jangan pernah berputus asa!

Berikut kami kongsikan video perniagaan Nasi Beriani ayahnya bertempat di Bazaar Batu Caves.



Dia Merasa Ganjil dengan “Benjolan Dalam Bantal” yang Telah Menemaninya Tidur Selama 2 Tahun. Kemudian Bantal Itu pun “Dibelah” Dan Ternyata di Dalamnya Terdapat…!

Sebelumnya diceritakan sebaiknya hati-hati semasa membaca atau melihat artikel ini pada waktu makan, kerana secara pribadi saya merasa benar-benar membuatkan perutku mual !!

Masalahnya sudah tidur selama 2 tahun, tapi baru sedar dan entah berapa banyak sudah intipati kamu disedut selama itu.

Dua tahun lalu, seorang wanita Thailand membeli bantal yang lagi diskon di sebuah pasar malam di Bangkok, satu buah bantal hanya 50 Baht (sekitar rm5) , jadi dia pun memborong 4 bantal sekaligus.

Namun tak disangka, baru-baru ini dia melihat bantal yang sekian lama menjadi alas kepalanya itu ada benjolan kerasnya, sehingga mengganggu tidurnya.

Karena tidak berpuas hati, dia pun “membedah” bantal itu, dan hasilnya….

Astaga, mual rasanya perut ini! ternyata dalam bantal itu diisi dengan popok (pampers) , dan pembalut pad wanita, benar-benar geli dan menjijikkan!

Wanita itu pun menceritakan pengalaman yang dialaminya, dalam laman facebooknya, dengan maksud mengingatkan pada orang-orang agar jangan disebabkan murah meriah atau diskaun yang berlebihan lantas tergiur untuk membelinya.

Periksa dulu dengan teliti, kualiti barang pasti akan sesuai dengan harganya.

Murah meriah tapi tidak berkualiti….akhirnya kita sendiri yang akan menggigit jari.

(Sumber: beautieslife)

Kredit: erabaru

 


Lagi Heboh

Loading...

Comments

comments